Naib Ketua Umno Seremban bebas tuduhan rasuah

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEBAS TUDUHAN RASUAH...Naib Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik
BEBAS TUDUHAN RASUAH...Naib Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik

SEREMBAN: Naib Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik.

Hakim Zamri Bakar berkata pihak pendakwaan telah gagal memnbuktikan kes prima facie terhadap keduadua tuduhan itu, masingmasingnya membabitkan wang tunai RM200 dan RM500.

"Tidak ada unsur rasuah dalam keduadua kes itni," katanya.

Mahkamah yang penuh sesak dengan penyokong Mohd Nor menjadi riuh apabila hakim membuat pengumuman itu menyebabkan mereka ditegur oleh Zamri.

Ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah, Mohd Nor, 48, yang kelihatan sebak, berkata beliau berasa bersyukur kerana Ramadan kali ini mempunyai pengertian yang besar dalam hidupnya dengan pembebasannya itu.

"Alhamdulillah saya telah dibebaskan. Dengan ini saya bersyukur kerana segala tohmahan dan tuduhan terhadap saya telah dibersihkan," katanya.

Beliau dipertahankan oleh barisan peguam bela terdiri daripada Raftfizi Zainal Abidin, S. Parameswaran dan G. Jayaprakash.

Mohd Nor, seorang ahli pernigaan, dituduh memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Rezwat Shahril Zainal Ariffin, dalam sebuah kereta pada 1 Ogos tahun lepas.

Wang itu merupakan dorongan kepada Rezwat supaya beliau mencalonkan Mohd Nor sebagai calon Ketua Umno Bahagian Seremban untuk sesi 2008-2011.

Tuduhan kedua pula membabitkan wang tunai RM500 yang didakwa juga diberikan kepada Rezwat untuk tujuan yang sama, pada 2 Ogos di sebuah tempat meletak kereta di belakang bangunan Centre Point. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan