Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Koh Kim Teck

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas ahli perniagaan Koh Kim Teck selepas dia gagal menghadirkan diri untuk rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki warga China berumur 13 tahun.

Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar yang mengetuai panel terdiri daripada Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan waran itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Koh, 58, dan dua pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohamad Najib Zulkifli, kerana membunuh Xu Jian Huang di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara 11 malam pada 26 Sept, 2004 dan 3.30 malam hari berikutnya.

Pada September 2005, Koh, Resty, dan Mohamad Najib, dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa memanggil mereka membela diri.

Rayuan pendakwaan ditangguhkan lebih daripada empat kali disebabkan ketidakhadiran Koh. Resty, 40 dan Mohamad Najib, 32, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo, bagaimanapun hadir di mahkamah.

Pihak pendakwaan sebelum ini memohon waran tangkap ke atas Koh tetapi dinasihati oleh mahkamah supaya mengemukakan afidavit dan barang kes yang perlu bagi menyokong permohonan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah bahawa kesahihan sijil cuti sakit yang dikemukakan kepada mahkamah dalam perbicaraan sebelum ini meragukan disebabkan tiada rekod kemasukan dan kebenaran keluar terhadap Koh dari Lian Tang Hospital di Shen Zheng City, China, seperti yang didakwa.

Sijil cuti sakit bertarikh 25 Okt, 2007, menyatakan bahawa Koh menghidap serangan jantung jenis reumatisme dan tekanan darah tinggi.

Awang Armadajaya berkata tiada rekod yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital berkenaan pada masa itu dan rekod Jabatan Imigresen juga menunjukkan tiada pergerakan dalam pasport Koh.

Apabila Suriyadi bertanyakan orang yang mengemukakan sijil cuti sakit itu, peguam Koh, Datuk V.Sithambaram, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliaulah yang mengemukakan sijil berkenaan, sambil menambah beliau menerimanya daripada keluarga Koh.

Beliau berkata sijil cuti sakit itu dikeluarkan oleh doktor yang merawat Koh dan bukan menerusi hospital.

Sithambaram turut memberitahu mahkamah bahawa Koh telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau kini berada di luar negara.

Ditanya oleh Jeffrey sebab peguam berada di mahkamah sedangkan Koh tidak hadir, beliau mengemukakan surat pelantikannya sebagai peguam Koh, dan berkata mahkamah akan memaklumkan beliau setiap kali kes itu didengar.

Hakim Suriyadi, ketika membenarkan permohonan itu, berkata Koh masih berada dalam negara dan pihak pendakwaan akan menahan beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan