Buruh binaan tukar pengakuan kepada tidak bersalah memiliki senjata

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang buruh binaan yang dituduh memiliki sepucuk pistol dan 50 butir peluru menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Dazuki Ali sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Hasiha Shasim, 28, hari ini setelah dia mengaku bersalah pada 13 Ogos lepas terhadap keduadua tuduhan itu.

Mohamad Hasiha didakwa memiliki sepucuk pistol pelepas jenis ME 38 tanpa kebenaran di sebuah rumah bersebelahan kediamannya di Jalan Sultanah Zainab di sini pada 11.50 malam 3 Ogos lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memiliki 50 butir peluru tanpa lesen sah juga di tempat dan masa yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman manakala Mohamad Hasiha diwakili peguam, Ahmad Nurie Abdul Rahman.

Dazuki menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes dan didak membenarkan tertuduh diikat jamin. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan