Bekas pengarah, CEO Pan Global Insurans didakwa

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah dan bekas ketua pegawai eksekutif Pan Global Insurance Berhad pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 80 pertuduhan menyalahgunakan wang insurans lebih RM2 juta, beberapa tahun lalu.

Ini merupakan kes pertama seumpamanya yang didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41(2), Akta Insurans 1996 bagi kesalahan membabitkan penggunaan dana insurans.

Bernard Wong Shoon Tet, 49, sebagai pengarah Pan Global ketika itu, menghadapi 27 pertuduhan menggunakan wang sebanyak RM2.2 juta dari aset syarikat bagi perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan kumpulan wang insurans tersebut.

Wong dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 12B, Menara Pan Global di Jalan P.Ramlee di sini, antara 19 Okt 2004 hingga 18 Jan 2006.

Sementara itu, Edwin Wong Lee Tuck, 46, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pan Global ketika itu, menghadapi 53 pertuduhan menggunakan wang sebanyak RM2.7 juta dari aset syarikat bagi tujuan yang sama, di tempat yang sama, antara 16 Julai 2003 hingga 18 Jan 2006.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Stanley Augustine memohon jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh setelah mengambil kira faktor kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Bagaimanapun peguam L.K.Mak yang mewakili Bernard, serta peguam Simon Subapathy dan Alan Wong mewakili bagi Edward, membantah jumlah itu dan memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000.

Mereka berhujah kedua-dua tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Bank Negara sepanjang siasatan dijalankan dua tahun lalu, dan tiada kemungkinan mereka akan melarikan diri.

Hakim S.M.Komathy Suppiah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM300,000 setiap seorang dan mengenakan syarat tambahan supaya pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula 28 Sept.

Pada 13 April lalu, Bank Negara telah membatalkan lesen Pan Global dan perniagaan insurans syarikat itu kemudian telah dijual kepada Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan