Karpal ada nyatakan Mohammad Nizar plaintif dalam tindakan mahkamah - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemberita RTM yang menyediakan transkrip sidang media Pengerusi DAP Karpal Singh mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini Karpal memang ada menyatakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dinamakan sebagai plaintif dalam tindakan mahkamah untuk mengisytiharkan Mohammad Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Aisyah Ahmad Azam bersetuju dengan peguam Jagdeep Singh Deo bahawa transkrip 10 muka surat yang disediakannya berdasarkan visual rakaman sidang media pada 6 Feb bersama seorang pelatih RTM Afzan Sakina Sulaiman, Karpal secara jelas menggunakan perkataan "we" (kami) untuk merujuk kepada beliau dan peguam lain daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Saksi itu juga bersetuju dengan Jagdeep bahawa Karpal ada jelaskan sekiranya Sultan Perak tidak setuju dengan pandangan beliau dalam menyelesaikan kemelut politik negeri itu, baginda boleh merujuk perkara tersebut kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan apa yang diperuntukkan di dalan fasal 64, Perlembagaan Negeri.

Ketika merujuk kepada transkrip, di mana pemberita RTM itu menggunakan perkataan "rombakan" berbanding dengan perkataan "peruntukan" ketika Karpal menjelaskan isu itu, Aisyah mengaku beliau telah membuat kesilapan.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Jagdeep mungkin beberapa perkataan dalam transkrip yang disediakannya tidak tepat. Aisyah memberikan keterangan pada perbicaraan Karpal, 69, didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb.

Kepada persoalan lain, saksi itu berkata beliau tidak merujuk kepada Eliani Mazlan, pemberita RTM yang hadir pada sidang media Karpal pada 6 Feb untuk memastikan apa yang diperjelaskan oleh Karpal ketika "gap" yang tidak direkodkan ketika rakaman itu dibuat.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Melissa Mohd Akhir mengenai kenapa beliau tidak merujuk kepada Eliani ketika menyediakan transkrip itu, Aisyah berkata Eliani tidak berada di bilik berita dan beliau telah berbincang dengan Afzan dan telah bersama-sama menyediakan transkrip itu.

Sementara itu, pemberita Utusan Malaysia Mohd Nizam Yatim berkata beliau menggunakan perkataan "rombakan" dan bukannya "peruntukan" di dalam artikel yang diterbitkan pada 7 Feb kerana beliau pasti itulah perkataan yang digunakan oleh Karpal apabila beliau menyemak semula pita rakaman yang dibuatnya.

Mohd Nizam berkata mengikut pemahaman beliau maksud "rombakan" adalah menukar undang-undang. Ketika disoal mengapa beliau menggunakan perkataan "ultravirus" sebagai membawa maksud 'menghina' dalam artikelnya sedangkan istilah itu telah diperjelaskan Karpal, Mohd Nizam berkata ketika beliau menyediakan artikel itu beliau sudahpun lupa maksud perkataan itu.

Kepada cadangan Jagdeep bahawa dua artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia tidak menyebut penjelasan Karpal bahawa tujuan beliau adakan sidang media hanyalah untuk memberikan pandangan beliau bukan untuk mengancam Sultan Perak ataupun sesuatu peribadi terhadap sesiapa, Mohd Nizam bersetuju.

Ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, apa yang yang beliau faham secara umum daripada kenyataan media Karpal pada hari itu, Mohd Nizam berkata Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir Mohammad Nizar dan seterusnya melantik seorang menteri besar yang baru daripada Barisan Nasional.

Perbicaraan bersambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan