Kes rasuah Norza disebut semula 15 September

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Sept ini bagi sebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman.

Hakim Azuar Che Yusof menetapkan tarikh berkenaan atas permohonan peguam Mohamad Norza, Jahaberdeen Mohd Yunoos yang meminta tempoh tiga minggu untuk pihaknya menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes terbabit kepada pihak pendakwaan supaya isu representasi keduadua tertuduh dapat diselesaikan.

Mohamad Norza yang lengkap bersut kelabu hadir di mahkamah dengan diiringi lebih kurang 20 penyokong dan rakannya. Selain Jahaberdeen, Mohamad Norza turut diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Mohamad Norza, 43, bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno MacDia juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Keduadua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Jan lepas.

Halimi, 47, dari No 99, Lorong IM2/88, Taman Medan Mahsyur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan di tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan