Agensi pelancongan, KP Selangor setuju selesai perbalahan luar mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman berhubung tiket-tiket penerbangan yang didakwa tidak dibayar, yang membabitkan antara sebuah agensi pelancongan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar serta isteri, diselesaikan hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menarik balik saman masing-masing.

Hakim Mahkamah Sesyen Ishak Bakri merekodkan kenyataan penyelesaian itu selepas keduadua pihak memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perbicaraan kes itu ditetapkan selama tiga hari bermula semalam untuk mendengar keterangan saksi, namun ia ditangguhkan sehingga hari ini.

Global Holiday Sdn Bhd bersetuju menarik balik samannya berhubung tiket-tiket penerbangan yang berjumlah RM41,868 terhadap Khalid; dan Ketua Polis Selangor itu pula yang tidak hadir di mahkamah hari ini, bersetuju untuk menarik balik saman balasnya terhadap agensi itu.

Pada 2007 Global Holiday menyaman Khalid, yang ketika itu Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah, dan isterinya Datin Imran Ibrahim berhubung tiket-tiket penerbangan kelas perniagaan dua hala Kuala LumpurLondon.

Agensi itu turut menuntut lapan peratus faedah bermula dari tarikh saman, dan juga lainlain kos serta pampasan yang dirasakan berpatutan oleh mahkamah.

Khalid dalam kenyataan pembelaanya berkata beliau membayar jumlah penuh kepada ejen tiket yang mengeluarkan tiket penerbangan itu kepadanya.

Beliau mendakwa bahawa kos sebenar bagi tiket itu adalah RM15,000 dan bukannya RM41,868 sebagaimana yang didakwa oleh agensi itu.

Khalid berkata beliau membeli tiket-tiket itu pada 2007 dari ejen tiket pada harga diskaun kerana ia adalah tiket berdiskaun mengikut kuota yang diberikan kepada petugas Penerbangan Malaysia (MAS).

Dalam tuntutan balasnya beliau berkata saman terhadapnya dibuat dengan niat menuduh beliau membeli tiket-tiket itu tanpa membayarnya; menikmati keuntungan menerusi perbelanjaan plaintif dan melakukan perbuatan yang 'tidak sesuai' sebagai seorang pegawai polis.

Katanya ini memberi kesan yang mencemar namanya sebagai seorang Ketua Polis Selangor di samping memberi kesan terhadap maruahnya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan