176 permohonan kemasukan pekerja asing dikemukakan kepada Jabatan Imigresen

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa terdapat 176 permohonan kemasukan pekerja asing sepanjang dua tahun lalu.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ali Besar, 51, berkata kesemua permohonan itu dikemukakan oleh 80 buah syarikat termasuk sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan, kepada Jabatan Imigresen. Wan Ali ketika memberi keterangannya hari ini mengesahkan 57 dokumen permohonan daripada 176 permohonan itu, yang kini dijadikan eksibit di mahkamah, di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin.

Isnin lalu, Wan Ali telah mengesahkan 10 dokumen yang berkaitan permohonan yang sama.

Wan Ali ialah saksi pendakwaan kelima memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan ke atas Wahid, 57, yang didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh, pada 19 Ogos tahun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Wan Ali turut menjelaskan dalam pemprosesan permohonan itu terdapat sembilan langkah perlu dilalui manamana syarikat atau ejen sebelum menerima Visa Dengan Rujukan (VDR) daripada Jabatan Imigresen selepas membuat pembayaran levi dalam masa dua hari.

"Jika dilihat carta proses, permohonan atas talian dibuat sebelum penetapan tarikh temuduga diberikan. Selepas itu, majikan akan hadir untuk temu duga oleh panel Kementerian Dalam Negeri dan surat perakuan kelulusan akan dikeluarkan.

"Kemudian, majikan akan membayar levi dan sekali lagi pengeluaran surat kelulusan pekerja asing dan resit bayaran akan diberi," katanya.

"Peringkat seterusnya adalah proses pemilihan pekerja dengan wisma kedutaan dan barulah butiran biometrik pekerja dihantar ke Jabatan Imigresen untuk proses VDR.

Sekiranya sembilan langkah itu tidak dibuat, VDR tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azrin Zairin Nik Abdullah manakala Wahid diwakili peguam Datuk V Sithambaram.

Perbicaraan disambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan