Permohonan kedua penduduk Kg Buah Pala didengar Jumaat ini

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan kedua bagi mendapatkan kebenaran merayu oleh penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Jumaat ini, berhubung perintah mengosongkan kawasan penempatan mereka.

Tarikh tersebut ditetapkan selepas pengurusan kes disebut di hadapan pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin hari ini.

Penduduk kampung berkenaan sekali lagi mengemukakan permohonan itu bagi mebolehkan mereka membangkitkan isu sama ada mereka mempunyai 'locus standi' untuk mengambil tindakan undangundang terhadap pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad dan pemaju, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd.

Mereka mendakwa isu 'locus standi' (hak di sisi undangundang) tidak dibangkitkan semasa pendengaran permohonan mendapatkan kebenaran merayu sebelum ini.

Mereka turut memohon tempoh lanjutan bagi memfailkan permohonan mereka serta perintah menghalang perintah merobohkan rumah mereka di kawasan itu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Pihak pemaju telah memberi tempoh sehingga 31 Ogos ini untuk 300 penduduk supaya mengosongkan kawasan itu yang dikenali sebagai 'High Chapparal Pulau Pinang'.

Kawasan penempatan tradisional masyarakat India itu terletak dalam kawasan seluas 2.6 hektar di pusat bandar raya George Town dan dikatakan merupakan satusatunya perkampungan kaum India dalam kawasan bandar.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada pemilik tanah dan pemaju dengan memberikan tempoh sebulan kepada 45 keluarga terlibat agar mengosongkan kawasan itu tanpa diberi pampasan.

Pada 24 Jun lalu, usaha terakhir untuk terus mendiami kawasan itu menemui jalan buntu apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan penduduk kampung berkenaan bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Sementara itu, peguam Karin Lim Ai Ching, yang mewakili koperasi dan pemaju, berkata mereka akan mengemukakan bantahan awal dengan alasan permohonan kedua itu adalah sama dengan permohonan pertama yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun lalu,

Penduduk kampung itu diwakili oleh peguam Damina Khaira. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan