Kes liwat Anwar: Permohonan batal kenyataan pendakwa raya disebut 2 September

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada 2 Sept ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi semakan kehakiman untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat faktafakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes liwat bekas pembantunya.

Hakim Lau Been Lan menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Anwar untuk penangguhan itu sehingga rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membekalkan dokumen yang diminta Anwar diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

R.Sivarasa, yang mewakili Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, memberitahu media bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah relevan dalam permohonan yang difailkan itu.

Anwar meminta pendakwa raya memberikan kepadanya semua keterangan yang memihak pembelaan sekurangkurangnya tiga minggu sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula di bawah Seksyen 51A(1)(c) Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, pada 24 Jun lepas, Anwar menerima kenyataan bertulis yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria yang menyatakan bahawa tidak terdapat faktafakta yang memihak kepada pembelaan (Anwar) dalam kes liwat yang dihadapinya.

Pada 3 Ogos lepas, Anwar menfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Rayuan dan KuasaKuasa Khas, untuk membatalkan kenyataan bertulis itu dan menamakan Mohamad Hanafiah, pendakwa raya dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar juga memohon perintah mandamus terhadap pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya faktafakta yang memihak kepadanya mengikut Seksyen 51A(1)(c) Kanun Acara Jenayah.

Beliau juga memohon perintah menghalang pendakwa raya dari meneruskan perbicaraan kes liwatnya sehingga faktafakta yang memihak kepadanya diberikan.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 2 September bagi sebutan perbicaraan liwat itu.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 1 Julai untuk perbicaraan kes itu tetapi menangguhkannya sehingga empat permohonan yang difailkan Anwar, selesai. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan