Tiga lelaki mengaku salah tunggang motosikal cara bahaya

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar sebuah institusi kemahiran dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan menunggang motosikal secara melulu bulan lepas.

Majisret Nor Azizah Yusof menetapkan 8 Sept ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mohd Ahnaf Mohd Rashid, 21, dan Mohd Kamarul Azmi Jusoh, juga 21, masing-masing bekerja sebagai juruteknik alat pendingin hawa, dan Wan Abdul Hakim Wan Sulaiman, 19, pelajar sebuah institusi kemahiran dekat sini, mengaku menunggang motosikal secara melulu pada 2 pagi 3 Julai lepas di atas Jambatan Sultan Mahmud, Jalan Tuanku Mizan, dekat sini.

Kesemua mereka dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (pindaan 1999) dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000, selain boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen selama tidak kurang dua tahun.

Mohd Ahnaf dan Mohd Kamarul masingmasing dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 manakala Wan Abdul Hakim pula dibenarkan diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh hukuman.

Pendakwaan dijalankan oleh Cif Inspektor Suriah Saleh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan