Penguatkuasa DBKL bebas tuduhan rasuah - Berita Mahkamah | mStar

Penguatkuasa DBKL bebas tuduhan rasuah

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan seorang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)daripada tuduhan menerima rasuah RM400 daripada operator tempat letak kereta tanpa lesen.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Nor Jantan, 57, yang didakwa menerima sogokan daripada V.Pathmanathan, 46, di sebuah restoran pada 28 Jan 2005.

Mohamed Nor yang digantung tugas sejak hari berkenaan, didakwa pada 22 Dis 2006 dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sophian Zakaria dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah manakala Mohamed Nor diwakili peguam bela Sritharan C. Nadarajan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan