Tempoh reman pasangan suami isteri kes edar dadah disambung

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Reman terhadap pasangan suami isteri yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan mengedar dadah, di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit pada 3 Ogos lalu disambung empat hari lagi bermula hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nor Azizah Yusof di sini.

Pada 4 Ogos lalu, pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan polis.

Pasangan berumur 46 dan 47 tahun yang berasal dari Kelantan itu dipercayai pembekal utama dadah kepada beberapa sindiket dadah di Terengganu, ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian pada petang 3 Ogos lalu, polis merampas 450 gram dadah bernilai RM150,000 daripada pasangan suami isteri berkenaan setelah menyerbu kereta mereka di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit dekat sini.

Ia merupakan rampasan dadah yang terbesar oleh Polis Terengganu dalam tempoh lima tahun lepas. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan