Lelaki dituduh bunuh anak disahkan waras

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mahkamah Majistret Georgetown dimaklumkan oleh Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Perak bahawa seorang lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh anak perempuannya dan melakukan sumbang mahram dengan seorang lagi anak perempuannya, boleh dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng berkata pihak pendakwaan telah menerima pengesahan itu melalui surat daripada hospital berkenaan.

"Laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan memaklumkan bahawa tertuduh cukup sihat dan waras untuk menghadapi pertuduhan yang didakwa terhadapnya," katanya di hadapan Majistret Ainul Bashirah Dona Don Biyajid di sini hari ini.

Pada satu prosiding di Mahkamah Majistret pada 15 Mei lepas, tertuduh dilihat berkelakuan ganjil malah turut tidak memberikan sebarang respon semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki berusia 40 tahun itu dari Bandar Baru Ayer Itam di sini didakwa membunuh anaknya di Medan Angsana 1, antara 7 pagi dan 7 malam 11 Nov 2004.

Ainul Bashirah menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA mangsa.

Hari ini, di Mahkamah Sesyen pula, tertuduh telah kembali bertindak seperti tidak siuman ketika mahkamah merekodkan pengakuan berhubung tuduhan kedua iaitu melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

Walaupun beberapa kali pertuduhan itu dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa, tertuduh masih mendiamkan diri sambil merenung orang awam.

Hakim Rosilah Yop kemudiannya menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi merekodkan pengakuan dan mendapatkan laporan perubatan.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah tandas di Tingkat 6, Kompleks Farlim, Ayer Itam di sini pada 12.30 tengah hari 7 Februari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, dan jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan