Pemandu lori mengaku tidak bersalah sebabkan kematian lima beranak

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lima sekeluarga.

R.Kumaresan, 39, dari Rantau, Negeri Sembilan, dituduh melakukan kesalahan itu di KM77 Jalan KuantanKuala Lumpur di sini pada 1.30 tengah hari 26 Julai lepas.

Dalam kejadian itu, Nasaruddin Abdul Aziz, 33, isterinya Fatmawati Harun, 30, ibu mentuanya, Sepiah Mohamad, 60, adik iparnya, Mohd Syakirin Harun, 23, dan anaknya Muhammad Nazhif Iman, 10 bulan, dari Felda Jengka 5 di sini yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari mati di tempat kejadian selepas dipercayai dirempuh treler yang membawa tong gas kosong.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM10,000 sekiranya disabitkan kesalahan. Kumaresan yang dibawa ke mahkamah di atas pengusung kerana mengalami patah kaki kiri serta patah dua tulang rusuk kanan dalam kemalangan itu, memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, sebelum mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan oleh Insp Mohd Fazli Sulaiman manakala Kumaresan tidak diwakili peguam.

Majistret Nurulnaim Abdullah mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin setelah Kumaresan merayu dengan alasan dia mempunyai empat orang anak manakala isterinya sedang mengandung enam bulan dan tidak bekerja.

Nurulnaim juga mengarahkan agar lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 27 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan