Enam warga Myanmar dihukum gantung kerana bunuh rakan

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam rakyat Myanmar hari ini dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh seorang rakan senegara mereka empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah memutuskan demikian setelah mendapati mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan.

Ang Soo Uu @ Salim, 32, Wing Nyung @ Kasim, 29, Nagu Rashid, 32, Monji @ Abd Karim Hashim, 31, Saidullah @ Soso, 28, dan Zaw Oo, 32, didapati bersalah membunuh seorang buruh pasar borong, Sadi Hussin, 21, di Pusat Bandar Utara, Km12, Jalan Ipoh, di sini pada 5.20 pagi, 26 Jun 2005.

Kecuali Zaw yang bekerja sebagai tukang mencuci kereta, lainnya bekerja di pasar borong Selayang.

Sementara itu, mereka juga dihukum penjara tiga tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkap iaitu 26 Jun 2005 setelah mahkamah yang sama mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap abang si mati, Shafiq Hussin, 27, dengan menggunakan parang dan pemutar skru.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu di tempat dan pada masa dan tarikh yang sama.

Hakim Mohamed Zabidin juga menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap Ang setelah mendapatinya bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang warga Myanmar, Hla Maung Thar, 35, dengan menggunakan pemutar skru di tempat dan pada masa dan tarikh yang sama.

Hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Jun 2005.

Peguam A.S.Dhaliwal mewakili Wing, Nagu dan Zaw sementara tiga yang lain diwakili peguam Aminuddin Ibrahim.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Melissa Md Akhir. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan