Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman gantung ke atas pemandu teksi sapu sambilan

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas pemandu teksi sapu sambilan kerana mengedar 937.8 gram kanabis, sembilan tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu disampaikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum selepas menolak rayuan terakhir lelaki itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman mati ke atasnya.

M.Kathavarayan telah disabitkan atas kesalahan itu dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 29 Okt, 2003 selepas didapati bersalah mengedar 937.8 gram kanabis di Jalan Muktamar, Taman Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada kirakira pukul 11 malam, 31 Mei, 2000.

Kathavarayan, yang kini berumur 60 tahun, gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mengubah keputusan selepas mahkamah itu menolak rayuannya pada 12 Mac, 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Malanjum berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pendakwaan telah membuktikan daripada aspek fizikal pemilikan itu berdasarkan bukti bahawa Kathavarayan bersendirian di dalam kereta dan beg plastik itu telah diletakkan di bawah tempat duduknya (tempat duduk pemandu) dan dia juga merupakan pemilik kenderaan itu.

"Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan fakta yang jelas bahawa beg berwarna kuning mengandungi dadah itu berada di dalam jagaan dan kawalan perayu," kata Hakim Malanjum yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff.

Beliau berkata, berhubung isu mengedar dadah, Hakim Mahkamah Tinggi berpegang kepada Seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang merupakan anggapan peruntukan bagi mengedar dadah apabila seseorang itu didapati memiliki 200 gram atau lebih kanabis.

"Dalam kes ini, berdasarkan fakta, perayu didapati memiliki 937.8 gram (kanabis) apabila ditahan polis. Dia mempunyai kawalan dan jagaan ke atas beg kuning mengandungi dadah itu dan dia tahu mengenainya," katanya.

Kathavarayan diwakili peguam bela Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eddie Yeo. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan