Rompak pemandu teksi: 2 rakan dipenjara 4 tahun, 2 sebatan - Berita Mahkamah | mStar

Rompak pemandu teksi: 2 rakan dipenjara 4 tahun, 2 sebatan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua rakan yang memberikan alasan merompak pemandu teksi bagi melepaskan geram kerana pemandu itu yang tidak menggunakan meter, hari ini dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merompak.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap N. Ganesan dan Sarjit Singh setelah mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tuduhan merompak pemandu teksi itu pada hari kedua perbicaraan kes itu hari ini.

Ganesan, 27, dan Sarjit, 42, mengaku bersalah merompak sebuah teksi jenis Iswara, wang tunai dollar Amerika dan wang tunai RM30 milik S. Muniandy, 52, dengan menggunakan sebilah pisau.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan raya di hadapan Masjid Wilayah pada 9.30 malam, 10 Mac tahun lepas, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

"Kami orang susah, tiada wang, kami rasa marah dan tidak berpuas hati kerana dia (pemandu teksi) tidak menggunakan meter sebaliknya meletakkan harga yang tinggi iaitu RM30 dari Kotaraya ke Jalan Duta, ia tidak berpatutan langsung," kata Ganesan sebelum Zainal Abidin menjatuhkan hukuman.

Ganesan dan Sarjit juga dihukum penjara tiga bulan kerana gagal mengemukakan kad pengenalan atau sebarang dokumen yang sah mengikut Peraturan 25(1)(a) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 ketika pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis pada 2.35 petang, 20 Mac 2008.

Zainal Abidin mengarahkan mereka berdua menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 20 Mac 2008.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail manakala mereka diwakili peguam K.Viknesvaran. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan