Saman Ketua Pemuda MIC Kedah terhadap polis didengar 16 November

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR STAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 November bagi sebutan saman yang difailkan Ketua Pemuda MIC Kedah S. Sures terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan ditahan secara salah pada 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman Zamani Abdul Rahman membuat keputusan itu di dalam kamar bagi membolehkan plaintif memfailkan dokumen berkaitan dakwaannya itu.

Peguam T. Rajasekaran yang mewakili Sures memberitahu pemberita di luar mahkamah, dokumen berkenaan termasuk laporan polis yang dibuat oleh Sures.

Sures, 42, menyaman polis dan kerajaan atas dakwaan menahannya secara salah pada 11 Julai, 2007 pada kirakira 2 pagi di rumahnya di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman di Jitra. Beliau menamakan Insp Shaikh Othman Abdul Hamid, pegawai polis yang menahannya ketika kejadian, Ketua Polis Kedah, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, masingmasing sebagai defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Sures, seorang ahli perniagaan, berkata penahanan itu telah menyebabkannya mengalami tekanan mental yang teruk dan memohon RM300,000 sebagai ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan saman itu, beliau mendakwa telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu penyiasatan terhadap kes bunuh melibatkan seorang guru India dan kemudiannya dibebaskan tanpa syarat pada 12 Julai.

"Saya telah digari di hadapan anggota keluarga saya dan berita penahanan itu telah dilaporkan oleh media.

"Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin masyarakat, penahanan itu telah mencemarkan imej saya. Ekoran publisiti daripada penahanan itu, saya kehilangan perniagaan bernilai RM300,000," dakwanya kepada pemberita selepas memfailkan saman itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan