Tiga lelaki dipenjara samun warga Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyamun seorang warga Bangladesh tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin memerintahkan Mohd Faizal Mansor, 24, Latiff Alba, 23, dan Muhammad Nasir, 21, menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 24 Mei tahun lepas.

Mereka didakwa menyamun telefon bimbit dan wang tunai RM120 daripada Md Hassan Ali di hadapan Stesen LRT Dang Wangi di sini pada 7.30 pagi 24 Mei 2008. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fat manakala ketigatiga mereka tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan