2 September sebutan semula penganggur hadapi tiga tuduhan bunuh

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 2 September sebagai tarikh sebutan semula seorang penganggur yang dituduh membunuh seorang pembantu rumah, pengusaha salon serta kanakkanak lelaki berusia lima tahun pada 20 Mei lepas.

Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izalina Rajaai memaklumkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan kimia dan laporan bedah siasat kes berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Shahrael Amir Suhaimi, 26, yang berasal dari Pengkalan di sini didakwa membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia, Dani Miasih, 21, di No. 67, Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni di sini pada 20 Mei lepas antara pukul 2.30 dan 3 petang.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga menghadapi pertuduhan kedua dan ketiga iaitu membunuh seorang pengusaha salon, Wah Yah Matzi, 42, dan Mohd Ermin Danish Jafri, 5 tahun pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan