Rasuah: Bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia bebas

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEBAS TUDUHAN RASUAH..Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab bersama ahli keluarganya sempat melambaikan tangan kepada penyokongya sebaik dibebaskan. Foto THE STAR Oleh: ONG SOON HIN.
BEBAS TUDUHAN RASUAH..Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab bersama ahli keluarganya sempat melambaikan tangan kepada penyokongya sebaik dibebaskan. Foto THE STAR Oleh: ONG SOON HIN.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab hari ini dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 tanpa balasan, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal, di akhir kes pendakwaan, membuktikan kes prima facie terhadap Mirza.

Sejurus keputusan itu dibacakan, seramai lebih 100 anggota keluarga dan rakanrakan Mirza yang berada di galeri awam, bertepuk tangan dan bersorak mengucapkan "Alhamdulillah", menyebabkan hakim meminta mereka diam bagi menghormati prosiding mahkamah.

Dalam penghakiman bertulisnya hari ini, Zainal Abidin berkata pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan wujudnya elemen niat di pihak tertuduh untuk menerima barangan berharga, iaitu dalam bentuk rawatan pergigian, tanpa balasan, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mirza, 51, yang digantung tugasnya sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia berikutan kes rasuah itu dituduh bersetuju menerima, tanpa balasan, rawatan pergigian bernilai RM13,860, yang dijelaskan bayarannya oleh pengarah Syarikat Perunding Pakar Media Zulhisyam Ayob, walaupun mengetahui bahawa syarikat itu mempunyai hubungan dengan fungsi rasmi beliau sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan ketika itu.

Mirza dituduh melakukan kesalahan itu di klinik pergigian Clinical Practise Prosthodontics Sdn Bhd, di Taman Tun Dr Ismail antara 17 Jan dan 26 Julai 2005.

Dalam penghakiman bertulis setebal 38 mukasurat itu, Hakim Zainal Abidin mempertikaikan kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil pengadu dalam kes ini, Zamri Zainul Abidin, yang juga pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR), sebagai saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

"Peranan Zamri tidak boleh dipandang ringan dan diketepikan memandangkan beliau adalah saksi penting dan telah membuat laporan pertama berhubung tuduhan itu," kata hakim. Zainal Abidin juga menegaskan, niat ialah satu elemen penting yang perlu dibuktikan dalam semua kes jenayah, dan dalam kes ini, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikannya.

Beliau berkata terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa pembayaran kos rawatan pergigian itu telah dijelaskan tanpa pengetahuan tertuduh.

"Saksi ke-10 pendakwaan, Zulhisyam Ayob, dalam keterangannya mengesahkan bahawa beliau telah membuat pembayaran RM13,860 bagi kos rawatan pergigian itu dan telah melarang pengurus klinik itu dan doktor terbabit, daripada memberitahu perkara tersebut kepada tertuduh," katanya.

Selain itu, hakim berkata pihak pendakwa juga gagal mengemukakan keterangan bahawa atas dasar apakah pihak BPR menjalankan siasatan tersebut terhadap tertuduh.

Di luar mahkamah, Mirza, yang berbaju Melayu ungu, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini dan berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakannya.

"Telah banyak yang saya lalui sepanjang kes ini, saya rasa malu dan tertekan. Tetapi hari ini saya bersyukur kepada Tuhan kerana segalanya telah selesai," katanya.

Kes itu dibicarakan sejak Februari lalu dan pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai 11 saksi pendakwaan.

Mirza diwakili peguam bela Saseedharan Menon dan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, sementara pendakwaan diwakili Saiful Hazmi Mohd Saad. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan