Penyelia tapak pembinaan dibebaskan dari tuduhan sebabkan kematian

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas penyelia tapak pembinaan dari tuduhan pematian seorang juru runding korporat selepas kereta yang dinaiki juru perunding itu dihempap satu binaan acuan besi yang dipercayai jatuh dari tingkat 20 sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Plaza Damas, Brickfields pada Disember 2005.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat turut membebaskan Khew Ah Sum, 52, dari San Meng Construction daripada pertuduhan alternatif bersubahat dengan dua pekerja Indonesia menyebabkan kematian Dr Liew Boon Horng.

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Khew.

Menurutnya 13 saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk menyabitkan Khew dengan kedua-dua pertuduhan.

Khew didakwa melakukan kesalahan itu di tapak pembinaan lot 48626 (Fasa 2) Plaza Damas, Blok b, Jalan Hartamas Mukim Batu, Brickfields kira-kira pukul pukul 3 petang pada 30 Disember 2005.

Antara saksi pendakwaan termasuk Prof Madya Ahmad Azlan Mat Isa dari Fakulti Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dalam keteranganya berkata faktor angin mungkin mengakibatkan acuan besi itu terbalik dan jatuh.

Dr Liew, 35, pengurus juru perunding Ethos Consultant terbunuh selepas acuan besi seberat hampir 2 tan jatuh di atas kereta BMW yang dipandunya semasa hendak memasuki tempat letak kereta Plaza Damas.

Sementara itu bercakap kepada pemberita selepas mahkamah memberikan keputusannya, Khew berkata beliau merasa amat lega apabila beban pertuduhan mahkamah yang ditanggungnya sejak empat tahun lepas kini sudah berakhir.

Khew diwakili oleh peguam Datuk K. Kumaraendran, manakala pendakwaan dilakukan oleh timbalan pendakwaraya Naziah Mokhtar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan