Lima lelaki didakwa rompak kontena berisi tembaga tulen RM2.4 juta

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merompak tiga buah kepala treler bersama kontena bermuatan tembaga tulen bernilai kira-kira RM2.4 juta dengan bersenjatakan dua bilah parang di Pelabuhan Klang di sini, bulan lepas.

B. Yogeswaran, 24, S. Mathivanan, 23, keduaduanya pemandu lori, V. Pachamuthu, 29, mekanik, K. Nandakumar, 27 dan S. Gunalan, 21, keduaduanya penganggur mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Mereka didakwa bersamasama merompak harta itu yang berada dalam kawalan pengawal keselamatan warganegara Indonesia, Zulham, di Syarikat Yard Sarmina Haulage Sdn Bhd di Kawasan 20, Lebuh Hishamuddin, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 2.30 pagi pada 18 Jun lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Anita Harun membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 serta dua penjamin dan memerintahkan mereka melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada 1 dan 14 haribulan setiap bulan sebelum pukul 5 petang.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus.

Dalam kes berkaitan, pada 21 Julai lepas, seorang lelaki, C. Thinesh Kumar dihadapkan ke mahkamah sama atas tuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah kontena mengandungi tembaga bernilai RM420,000 milik Yard Sarmina Haulage yang dipercayai dilarikan dalam satu rompakan berkumpulan.

Thinesh Kumar mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di tepi premis TK Metal & Plastics Recycling, Lot 284 A, Batu 11, Sungai Serai, Ulu Langat, Kajang dekat sini, kira-kira pukul 11.30 malam pada 19 Jun lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh, yang juga diwakili peguam Gerard Lazarus, dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dan menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula kes. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan