Peragawati mahu hukuman sebatan terhadapnya dipercepatkan

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang peragawati sambilan yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu supaya dia boleh menumpukan masa depan hidup bersama-sama keluarganya.

Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang berasal dari Sungai Siput dan menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan warga negara republik itu, turut melahirkan rasa kesal terhadap dirinya serta reda dengan ketentuan Allah. "Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan. Setakat ini mahkamah belum memberitahu bila hukuman itu akan dijalankan, dan saya ingin memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu. "Saya sangat hormati keputusan mahkamah. Saya mengaku itu memang kesalahan saya, bukan kesalahan orang lain, bukan kesalahan ibu bapa saya, bukan kesalahan keluarga saya," katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengenakan hukuman itu terhadap Kartika Sari Dewi kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Kuantan, pada 11.40 malam 11 Julai tahun lepas.

Ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun itu juga berkata suaminya telah maklum perkara itu dan sangat menghormati keputusannya yang mahu agar hukuman sebatan itu dipercepatkan.

Kartika Sari Dewi berkata hukuman denda RM5,000 yang diputuskan mahkamah telah dibayarnya pada Isnin lepas.

"Dari apa yang terjadi kepada saya, saya ingin berpesan kepada anak muda supaya jangan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga dan ibu bapa," katanya.

Ayahnya, Shukarnor Mutalib, 60, berkata hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu adalah wajar dan tepat dengan menetapi undang-undang agama Islam di negara ini.

"Apabila saya dapat tahu mengenai kes ini, saya terus ke Singapura. Saya terkejut kerana ini bukan perkara yang kecil, ini perkara besar tetapi apa yang penting hal ini (kes di mahkamah) perlu diselesaikan," katanya.

Beliau juga mengakui itu adalah kesalahan anaknya yang dijaga dan diberi pendidikan agama secukupnya termasuk pengajian sistem pondok.

Shukarnor berkata peristiwa itu memberi pengajaran yang sangat berguna kepada Kartika Sari Dewi kerana perjalanan hidup pada zaman sekarang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Semalam, peguamnya Mohd Zuki Che Muhamad Ghani berkata anak guamanya tidak akan membuat rayuan mengenai hukuman berkenaan.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan