Pengarah urusan didakwa pecah amanah RM400,000

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembuatan bahan kimia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat berjumlah RM400,000.

Datuk Ng Let Pew, 49, minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Ng didakwa melakukan pecah amanah membabitkan dana sebanyak RM50,000 milik Syarikat Thiam Too (Malaysia) Sdn Bhd di Lot 15795, Batu 5 1/2, Jalan Kebun, Kampung Jawa di sini, pada 8 Jan 2004.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan yang sama membabitkan dana berjumlah RM50,000 pada 28 Jan 2004, dana berjumlah RM100,000 pada 18 April 2005, dana berjumlah RM100,000 pada 8 Nov 2005 dan dana berjumlah RM100,000 pada 1 Ogos 2006.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Ng didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Noh yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Jagjit Singh yang mewakili Ng bagaimanapun berkata anak guamnya sanggup menggandakan jumlah jaminan asalkan pasportnya tidak diserahkan kepada mahkamah kerana isterinya, seorang rakyat Singapura dan dua anak tertuduh menetap di Singapura.

Jagjit berkata anak guamnya juga memerlukan pasport itu kerana dia sering ke luar negara untuk urusan kerja dan sanggup mengemukakan jaminan sebanyak RM250,000.

Yong Zarida kemudian membenarkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM100,000 serta dua penjamin dan menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan