Pelajar UNITEN bebas tuduhan edar dan miliki kanabis

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pelajar jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) daripada tuduhan mengedar dan memiliki kanabis seberat 302.8 gram, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan T. Haridass, 28, mempunyai pemilikan eksklusif ke atas dadah itu.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Haridass didakwa mengedar kanabis seberat 298.6 gram di bilik C20707 Apartmen Cendikiawan, Uniten, Dengkil dekat sini, kira-kira pukul 12.50 tengah malam, 23 Feb 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Haridass juga didakwa memiliki kanabis seberat 4.2 gram kira-kira pukul 12.30 tengah malam di tempat dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara Haridass diwakili peguam Rajpal Singh.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan