Sebutan semula kes Dr Ahmad Ramzi 27 September

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 27 September ini untuk sebutan semula kes Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang menghadapi empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS.

Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut semula hari ini.

Sebelum itu, prosiding hari ini dimulakan dengan peguam Wan Zainudin Wan Musa memohon kepada Hakim Mohamad Khalid untuk menjadi peguam pemerhati kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda yang kemudiannya dibenarkan oleh mahkamah.

Datuk Hazman Ahmad, seorang daripada tiga peguam yang mewakili Ahmad Ramzi, kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya pun telah menerima sebahagian besar dokumen berkaitan siasatan kes itu dan meminta selebihnya agar dapat diserahkan segera.

Selain Hazman, Ahmad Ramzi turut diwakili oleh Rosli Abdul Rahman dan Mahamed Noor Mahmud.

Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz @ Juned berkata dokumen siasatan berkaitan syarikat telekomunikasi Maxis mengambil sedikit masa untuk disediakan sebelum dapat diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, Ahmad Ramzi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.

Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau keduaduanya, jika sabit kesalahan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan