Pemandu lori dituduh edar 978 kg syabu

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengedar 978.015 kg syabu dua bulan lepas.

Lee Yong Toe, 48, dari Taman Iskandar, Johor Baharu, didakwa melakukan kesalahan itu di Km 3, Jalan Cenderawasih, di sini, pada 6.45 pagi, 2 Mei lepas.

Majistret Humariah K.M. Haider menetapkan 16 Sept bagi sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan kimia.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan ASP Razali Razak manakala Lee diwakili peguam Mas Hanida Mohamad Mazalan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan