Lelaki cederakan anggota polis dihadap ke mahkamah - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki cederakan anggota polis dihadap ke mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini kerana dituduh mencederakan seorang anggota polis yang sedang bertugas Sabtu lepas.

Muhamad Shazwan Ishak, 21, dari Kuala Kurau, Perak didakwa mencederakan L/Kpl Royton anak Gunnta dengan menggunakan topi keledar dengan niat untuk menghalang penjawat awam itu daripada menangkapnya.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang, 11 Julai lalu di Jalan Taman Perwira, di sini dan kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Selain itu Muhamad Shazwan juga menghadapi dua lagi tuduhan berkaitan dadah, iaitu masing-masing memiliki dan mengambil dadah.

Beliau dituduh memiliki 0.1 gram heroin berhampiran sebuah pondok telefon awam di Taman Perwira, dan ujian pemeriksaan air kencing pula menunjukkan beliau positif morfin di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan memiliki heroin itu dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama manakala bagi pengambilan dadah, ia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a)akta yang sama.

Muhamad Shazwan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu dan minta dibicarakan.

Majistret Mohd Azhar Hamzah kemudiannya menetapkan 15 September ini untuk sebutan kes mencederakan anggota polis manakala 14 September bagi sebutan kedua-dua kes berkaitan dadah itu dan mengenakan jaminan RM6,500 bagi ketiga-tiga kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hasnulniza Mohd Radzi. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan