Kes Dr Hamimah dituduh ubah wang haram tidak dibicara semula

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan supaya kes pengubahan wang haram sebanyak RM41.33 juta membabitkan seorang doktor wanita, yang dibicarakan sejak lima tahun lepas, tidak dibicarakan semula.

Hakim Datuk Ghazali Cha memerintahkan supaya perbicaraan kes melibatkan Dr Hamimah Idruss itu diteruskan di Mahkamah Sesyen sehingga selesai.

Beliau membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak semula keputusan Hakim Mahkamah Sesyen S.M. Komathy yang memutuskan supaya kes itu dibicarakan semula berikutan Hakim Akhtar Tahir, yang sebelum ini mendengar kes itu, bertukar ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berhujah keputusan Komathy tidak dibuat mengikut prinsip undang-undang yang bertujuan untuk mempercepatkan perbicaraan kes-kes jenayah di mahkamah.

"Perbicaraan kes ini telah bermula pada 6 Dis, 2004. Seramai 45 orang saksi pendakwaan telah dipanggil dan hanya 13 saksi sahaja lagi yang akan memberi keterangan, dan 278 eksibit telah dikemukakan ke mahkamah.

"Jika kes ini dibicarakan semula, ia akan mengambil masa yang panjang dan kos yang besar untuk memanggil semula saksi-saksi termasuk empat dari Jerman, dan terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa saksi akan memberi keterangan yang berbeza dari sebelumnya," kata Saifuddin.

Beliau berkata pihak pembelaan juga tidak pernah mengemukakan permohonan supaya kes itu dibicarakan semula.

Dr Hamimah, 59, menghadapi lapan tuduhan menerima wang itu pada April 2003 dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.

Dr Hamimah, yang pertama didakwa mengikut akta itu, turut didakwa atas 10 tuduhan bersubahat melakukan pemalsuan dokumen membabitkan wang berjumlah AS$12 juta (RM45.6 juta).

Perbicaraan kes itu kemudian ditetapkan bermula 8 Okt ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Asmadi Hussin. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan