Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana culik

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan menculik seorang wanita dengan tuntutan wang tebusan RM1 juta, hujung bulan lepas.

Al Hadi Tukiman, 35; Norizal Md Ali, 27; Chew Ern Tik, 39; Muhamad Taharil Abd Jalil, 19; dan Woon Soon Teck, 23, didakwa menahan Tay Kian Ei, 55, yang berasal dari Taman Desa KSM, Serom 4, di jalan bertanah merah, Jalan Dagang, Sungai Belemang, Sungai Mati, di sini, pada pukul 6 petang, 22 Jun lepas bagi mendapatkan wang tebusan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh, yang berasal dari daerah ini, memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz dan hanya Woon diwakili peguam bela, Mohd Haijan Omar.

Majistret Lydiana Mansur kemudian menetapkan 28 Sept ini sebagai tarikh sebutan kes itu sementara menunggu laporan nombor siri wang tebusan bagi melengkapkan siasatan pegawai penyiasat.

Sebelum itu, dalam mahkamah yang sama, Norizal dan Muhamad Taharil mengaku tidak bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah. Mengikut pertuduhan, keduadua ujian air kencing mereka didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol, di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang,pada pukul 1 tengah hari, 29 Jun lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Lydiana menetapkan pada 28 Sept untuk sebutan semula kes dadah itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan