Juruukur saman dua doktor dan HUKM RM4.1 juta bagi kecuaian

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang juruukur sebuah syarikat swasta hari ini memfailkan saman terhadap dua orang doktor di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan HUKM bagi kecuaian yang menyebabkan kematian isterinya semasa menjalani pembedahan di hospital itu pada 2007.

Ridzano Zainuddin yang mengetuai lima lagi defendan iaitu tiga anaknya Muhammad Ridzuan, 11, Muhammad Ridzauddin, 8, Nur Irdina Syaridza, 4, bapa mentuanya Mansor Abu Bakar, 61 dan ibu mentuanya, Asnah Khatib, 58, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3.05 petang melalui peguamnya Ismail Yahya.

Mereka menamakan perunding kanan pembedahan Prof Dr Jasmi Ali Yaakub sebagai defendan pertama, Dr Ng Swee Bean sebagai defendan kedua dan HUKM sebagai defendan ketiga.

Dalam penyataan tuntutannya, Ridzano, 38, mendakwa berlaku kecuaian semasa pembedahan isterinya, Ir Norhazimah Mansor, eksekutif kanan di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd yang berumur 35 tahun pada masa itu di HUKM sehingga menyebabkan kematiannya di atas meja bedah pada 18 Dis 2007. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi khas berjumlah RM4.1 juta.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman itu, Ismail berkata saman itu difailkan selepas dua tahun kerana mereka perlu mengambil masa untuk mengumpul fakta dan maklumat serta melakukan semakan silang dengan perunding bebas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan