Dua lelaki didakwa perdagang manusia

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing terhadap dua pertuduhan iaitu memperdagangkan manusia dan mendapatkan keuntungan hasil daripada aktiviti haram itu.

Mohd Nazeri Mat Hussein, 50, dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa memperdagangkan seorang rakyat Myanmar iaitu Mohd Ikbal Mohd Ali, 29, di belakang Kompleks Pasar Borong di Km12, Jalan Ipoh, Sentul, pada 11.30 pagi, 22 April lepas.

Dia juga didakwa mendapatkan keuntungan berupa wang tunai RM1,500 yang diperoleh daripada mengeksploitasi Mohd Ikbal di tempat dan pada masa yang sama. Sementara itu Azhar Yusof, 32, dari Selama, Perak, didakwa memperdagangkan seorang rakyat Myanmar iaitu Mohd Rafik Nor Aslam, 26, di hadapan Maybank, Cawangan Pusat Bandar Utara di Km 12, Jalan Ipoh, Sentul, pada 1.30 petang, 10 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua di tempat dan masa yang sama, Azhar Yusof didakwa mendapatkan keuntungan berupa wang tunai RM1,500 yang diperoleh daripada mengeksploitasi Mohd Rafik.

Untuk pertuduhan memperdagangkan manusia, mereka didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan mendapatkan keuntungan daripada mengeksploitasi orang yang diperdagangkan, mereka didakwa mengikut Seksyen 15, akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda maksimum RM500,000.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dasuki Mokhtar yang menjalankan pendakwaan bagi kes keduadua tertuduh memohon mahkamah tidak memberikan sebarang ikat jamin kerana kedua-dua mereka dipercayai anggota sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Saya khuatir jika mereka diberikan ikat jamin, ia mungkin akan menggagalkan siasatan polis, ini merupakan satu kes serius di mana kerajaan amat memandang berat terhadap kes-kes seperti ini," katanya.

Hakim Fathiyah Idris kemudian tidak memberikan sebarang ikat jamin terhadap keduadua tertuduh dan menetapkan 10 Ogos ini bagi sebutan semula kes. Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan