Pengarah kolej warga Singapura didakwa subahat

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah kolej undang-undang yang bergelar "Datuk" mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bersubahat dengan membuat pernyataan palsu berkaitan perletakan jawatan dua pengarah syarikat, kira-kira dua tahun lalu.

Datuk Tang Yong Kiat atau Rickie, 60, seorang warga Singapura dan pengarah Kolej Kemayan ATC, didakwa bersubahat dengan pengarah syarikat, Albert Ng Keng Wan @ Ng King Wan membuat satu pernyataan palsu dalam borang 49 bertarikh 28 Sept 2007 yang diserahsimpan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut kertas pertuduhan, ia berkaitan dengan perletakan jawatan Wong Ha, 57, dan Datuk Yusuf @ Mohd Yusuf Kamari, 72, sebagai pengarah dalam syarikat Vistashine Sdn Bhd.

Tang didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat SSM, Tingkat 2, 1018, Putra Place, 100, Jalan Putra, di sini, antara 28 Sept 2007 dan 30 Okt 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Tang, yang juga pengarah Syarikat Kemayan Corporation Berhad, didakwa melakukan kesalahan sama di tempat sama, antara 28 Sept 2007 dan 2 Okt 2007.

Menurut kertas pertuduhan, ia berkaitan dengan perletakan jawatan Wong Ha, 57, dan Datuk Yusuf @ Mohd Yusuf Kamari, 72, sebagai pengarah dalam syarikat Orion Express (M) Sdn Bhd.

Tang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama dengan Seksyen 364 (2) Akta Syarikat (Akta 125) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-keduanya sekali.

Terdahulu itu, Pegawai Pendakwa SSM, Rezy Izwan Ramly memohon ikat jamin sebanyak RM250,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan memohon agar pasport antarabangsa Tang diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam bela Ashok Kandiah, yang mewakili Tang, memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin RM50,000 terhadap keduadua pertuduhan itu.

"Dia mempunyai tiga orang anak dan isterinya menghidap kanser di Singapura.

Keluarganya memerlukannya dan harap mahkamah tidak menahan pasportnya," katanya.

Hakim Rozana Ali Yusoff kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan