Pemuda kes 'rotan' diarah jalani kaunseling sebelum khidmat masyarakat

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Promoter jualan dalam kes "rotan" diperintah menjalani sesi kaunseling selama 20 jam bermula minggu depan sebelum pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memutuskan jenis khidmat masyarakat yang sesuai untuk diikuti pemuda itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin berkata beliau akur dengan perintah Mahkamah Tinggi, yang mengenepikan hukuman 10 kali sebatan menggunakan rotan halus terhadap Muhammad Syafiq Abdul Wahab, 20, yang mengaku bersalah merompak seorang pelajar berusia 16 tahun pada tahun lepas.

Muhammad Syafiq didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak Muhammad Fitri Muhammad Zamzuri, 16, dengan menggunakan pisau di belakang Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, dekat sini kira-kira 1.30 pagi, 16 Nov tahun lepas.

Zainal Abidin berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan menyerahkannya kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyusun jadual dan jenis khidmat masyarakat yang sesuai untuk tertuduh.

Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengenepikan perintah 10 kali sebatan terhadap Muhammad Syafiq dan memerintahkan supaya kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Sesyen bagi memutuskan bentuk khidmat masyarakat yang perlu dilakukannya.

Semasa menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syafiq pada 26 Jun lepas, Zainal Abidin memutuskan bahawa beliau sendiri akan melaksanakan hukuman sebatan itu dengan disaksikan oleh kedua ibu bapa pemuda itu pada 15 Julai ini.

Hukuman Mahkamah Sesyen itu mendapat perhatian Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi yang mengarahkan Mahkamah Tinggi supaya menyemak semula kes itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Muhd Razmee Abdul Razak memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa Muhammad Syafiq akan menjalani sesi kaunseling selama 20 jam, 150 jam khidmat masyarakat dan 30 jam sesi kerohanian.

Beliau berkata jika Muhammad Syafiq gagal menghadiri sesi kaunseling, dia akan terus menjalani khidmat masyarakat seperti kerja membersihkan tandas awam, membersihkan taman awam atau membersihkan kawasan rumah kebajikan seperti Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

"JKM biasanya akan menyusun sesi kerja-kerja pembersihan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Selain itu, JKM akan menyelia kerja-kerja pembersihan di pasar malam dan sebagainya," kata Muhd Razmee.

Menurutnya JKM akan menyiapkan satu laporan perkembangan tiga bulan selepas bermulanya tempoh khidmat masyarakat pemuda itu untuk perhatian mahkamah.

Muhamad Syafiq diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud dan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt mewakili pihak pendakwaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan