Setiausaha dipenjara 12 bulan, sekali sebatan pecah amanah lebih RM5,000 - Berita Mahkamah | mStar

Setiausaha dipenjara 12 bulan, sekali sebatan pecah amanah lebih RM5,000

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha sebuah firma guaman dipenjara 12 bulan dan sekali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah membabitkan RM5,398 antara April hingga September tahun lepas.

Majistret Nazran Mohd Sham menetapkan agar Khairudin Atan, 46, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Jun 2009.

Khairudin didakwa melakukan pecah amanah wang milik majikannya Firma Guaman Iza Ng Yeoh & Kit di Suite 1308, Tingkat 13 Plaza 138, No. 138, Jalan Ampang. Dia yang belum berkahwin, didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syaiful Nazrin Mohd Rahim manakala Khairudin tidak diwakili peguam.BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan