Kes pecah amanah presiden pengedar akhbar ditangguh lagi

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pecah amanah RM50,000 melibatkan Presiden Persatuan Penjual Akhbar India Selangor dan Wilayah Persekutuan Datuk Maneanay @ Muneandy yang ditetapkan hari ini ditangguhkan lagi buat kali keempat sejak 2006, kerana kes itu dipindahkan ke mahkamah baru. Kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan hakim mahkamah Sesyen baru iaitu Mahkamah Sesyen 9, Asmadi Hussin ditangguhkan kepada 20 Julai kerana hakim berkenan perlu meneliti fail kes yang baru dikemukakan kepadanya.

Mahkamah Sesyen 9 merupakan Mahkamah Sesyen Jenayah yang baru beroperasi pada 1 Julai lepas, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pada 2 Nov 2006, Maneanay, 58, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap dua pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM30,000 dan RM20,000 yang diamanahkan kepadanya.

Bagi kesalahan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu di bangunan persatuan berkenaan di Bangunan Tiong Nam, Jalan Travers, Brickfields pada 11 Nov 1998 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 4 Nov 1999.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan