Rajasekaran Setiausaha Agung MTUC yang sah - Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: G. Rajasekaran dipilih secara sah sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi penggal 2008-2010, demikian keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menolak dengan kos permohonan yang dikemukakan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Kelab Semenanjung Malaysia dan setiausaha agungnya, Abdullah Sani Abdul Hamid, mencabar keputusan pemilihan yang menyaksikan Rajasekaran menewaskan Abdullah Sani dengan majoriti kecil.

Kesatuan itu dan Abdullah Sani mendakwa keputusan pemilihan itu tidak tepat kerana enam perwakilan tidak layak daripada empat kesatuan dalam MTUC telah secara tidak sah terlibat dalam pemilihan itu.

Dalam keputusannya, Mohamad Ariff memutuskan jika seseorang perwakilah tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan, Peraturan 6 (6) Perlembagaan MTUC menghendaki perwakilan untuk menanganinya semasa mesyuarat Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan itu.

"Bagi mahkamah untuk campur tangan, mestilah terdapat suatu keadaan yang luar biasa atau istimewa seperti di dalam kes Kesatuan Pekerjapekerja Bank Kebangsaan (NUBE), yang pada hakikatnya mengingkari keputusan mahkamah," katanya.

Dalam kes ini, bantahan hanya dilakukan selepas TDC diadakan dan tidak wujud sebarang konflik atau ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah, kata beliau.

"Peraturan itu yang mengikat anggota MTUC inter se (sesama mereka) serta mengawal kedudukan anggota terhadap kesatuan, dan oleh itu ia dianggap sebagai menentukan apa yang dipilih dan diterima oleh anggota sebagai peraturan tadbir urus mereka," katanya.

Mohamad Ariff berkata peraturan, pastinya boleh diubah atau diperbaiki oleh kesatuan, tetapi pada masa ini Peraturan 6 (6) membataskan bagaimana dan bila kelayakan seseorang perwakilan boleh dicabar.

Rajasekaran memenangi jawatan setiausaha agung selepas menewaskan Abdullah Sani dengan empat undi. Beliau memperoleh 259 undi dan Abdullah Sani, 255 undi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan