Juvana disabit kesalahan membunuh dipenjara selagi diperkenan Sultan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang juvana yang disabit kesalahan membunuh dikenakan hukuman penjara selagi diperkenan Sultan Selangor oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menjatuhkan hukuman itu berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Akta Kanakkanak 2001 di mana seorang kanakkanak tidak boleh dikenakan hukuman mati dan dipenjarakan di satu tempat selagi mendapat perkenan Sultan.

Juvana itu didapati bersalah pada 9 Jun lepas kerana melakukan kesalahan itu pada tahun 2002 ketika berumur 17 tahun dua bulan, dan mengikut Akta Kanak-kanak 2001, ketika itu dia masih lagi ditakrif sebagai kanak-kanak.

Lelaki yang kini berusia 23 tahun dituduh membunuh seorang juvana di simpang jalan masuk ke Taman Rasmi Jaya dan Taman Bukit Indah Ampang pada 8 Dis 2002.

Pada prosiding hari ini, pemuda itu diwakili oleh R.Tirukumaran dan pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan