Pengawal keselamatan dipenjara empat tahun kerana merompak

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merompak dua pekerja restoran piza di sini empat bulan lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin memerintahkan M. Nantha Kumar, 21, menjalani hukuman terhadap keduadua pertuduhan itu serentak mulai dari tarikh dia ditangkap pada 10 Feb lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Nantha Kumar didakwa bersamasama beberapa suspek yang masih bebas dengan bersenjatakan sebilah pisau, merompak wang tunai RM350, sebuah telefon bimbit, dua bentuk cincin emas, seutas rantai tangan perak dan sebuah topi keledar milik R.Victor Ratnum, 19.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bersamasama beberapa suspek yang masih bebas dengan bersenjatakan sebilah pisau, merompak seutas rantai leher emas, sebentuk cincin emas, seutas rantai tangan dan gelang tangan perak milik M.Ram Kumar, 20.

Dia didakwa melakukan keduadua kesalahan itu di tempat meletak kenderaan di Lorong Haji Taib 2 pada 3 petang, 10 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hasnida Isamail manakala Nantha Kumar diwakili peguambela dari Biro Bantuan Guaman Norsabah Daud. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan