Juruteknik warga Korea didakwa guna wang palsu semasa berjudi

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang juruteknik warganegara Korea hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menggunakan empat keping wang RM100 palsu semasa berjudi di Genting Highland, dua bulan lepas.

Pengakuan tidak bersalah Yoohong Yang, 40, itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Korea oleh jurubahasa khas dari Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang telah bekerja di Malaysia selama dua tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di meja perjudian mini Baccarat No 504 Hollywood Kasino De Genting, Genting Highland, kira-kira pukul 9.40 malam pada 29 Mei lepas.

Yoohong yang ditangkap pada 30 Mei lepas, didakwa mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim yang mewakili pendakwaan membantah sebarang jaminan diberikan dengan alasan tertuduh seorang warga asing.

Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa sekiranya mahkamah cenderung untuk menawarkan jaminan, keluarga tertuduh tidak mampu untuk membayarnya dan tertuduh juga tidak mempunyai saudara mara di Malaysia untuk menjadi penjamin.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob kemudian menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan beliau juga tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tiada anggota keluarga tertuduh hadir di mahkamah untuk menjadi penjamin. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan