PKNS diarah bayar ganti rugi RM852,944 kepada 17 pembeli rumah

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membayar ganti rugi berjumlah RM852,944.06 kepada 17 pembeli rumah teres dua tingkat RT2, Desa Alam, Seksyen 7 di sini, kerana lewat menyerahkan milikan kosong rumah berkenaan kepada mereka.

Peguam yang mewakili kesemua pembeli itu, Nik Mohamad Anuar Badiruddeen dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, Hakim Zaman Mohd Nor mengeluarkan perintah itu setelah membenarkan permohonan kesemua pembeli berkenaan bagi penghakiman terus di bawah Aturan 26A Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.

Beliau berkata kesemua plaintif adalah sebahagian daripada 92 pembeli rumah teres dua tingkat berkenaan yang telah memfailkan tuntutan ganti rugi lewat serah milikan kosong hartanah itu yang keseluruhannya berjumlah RM4 juta daripada PKNS, pada awal Januari tahun lepas.

Katanya, berdasarkan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani oleh pembeli-pembeli dan PKNS, rumah-rumah teres itu yang dibangunkan oleh PKNS sepatutnya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani iaitu selewat-lewatnya pada sekitar tahun 2005.

Bagaimanapun, beliau berkata ia hanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada penghujung 2007 dan serahan milikan kosong rumah-rumah teres itu hanya berjaya dibuat pada 20 Nov 2007.

Nik Mohamad Anuar berkata, setelah meneliti hujahan pihak plaintif (pembeli rumah) dan defendan (PKNs) serta membaca afidavitafidavit keduadua pihak, mahkamah membenarkan permohonan plaintif untuk penghakiman terus dengan kos.

Terdahulu, beliau berkata pada 20 Mac dan 6 April lepas, dua Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Datin Nursinah Adzmi dan Latifah Mohd Tahar juga telah memutuskan untuk membenarkan permohonan seramai 33 pembeli yang juga sebahagian daripada 92 pembeli rumah teres dua tingkat terbabit, bagi satu penghakiman terus di bawah aturan berkenaan dimasukkan ke atas PKNS bagi ganti rugi lewat serah milikan kosong rumah berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM1,710,542.40.

"Permohonan untuk penghakiman terus di bawah aturan yang sama yang melibatkan sebahagian daripada 92 pembeli lain akan turut didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud pada 7 Julai depan.

"Setakat ini, tiga Mahkamah Sesyen Shah Alam telah membenarkan permohonan penghakiman terus direkodkan bagi tuntutan ganti rugi lewat serah rumah teres dua tingkat terbabit yang keseluruhannya berjumlah RM2,563,486.46," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan