Pensyarah kanan warganegara India didakwa terima rasuah RM800

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pensyarah kanan warganegara India di sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai dorongan untuk menaikkan markah dan seterusnya meluluskan pelajar wanita itu.

Dr Krishna Prasad Pramulapati, 52, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Beliau didakwa memperoleh wang tunai itu daripada S.Kumalini Devi, 24, sebagai dorongan baginya untuk meluluskan kertas jawapan peperiksaan TCS 3211 bagi mata pelajaran Algorithm Analysis pada 22 Jun lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di bilik FIT BR 4020, Blok b, Fakulti Teknologi Maklumat, Universiti Multimedia, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, kira-kira pukul 5 petang pada 24 Jun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Yong Zarida membenarkan Krishna Prasad dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta dua orang penjamin rakyat tempatan dan menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abd Khairi sementara tertuduh diwakili peguam Arunan Selvaraj. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan