Bekas penyelia syarikat minyak bebas tuduhan edar dadah

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang bekas penyelia sebuah syarikat pengeluar minyak terkemuka hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar dadah pada 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan setelah mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Borhanuddin Salleh, 43.

Borhanuddin dilihat menadah tangan tanda kesyukuran selepas keputusan dibacakan manakala keluarganya yang berada di galeri awam dilihat saling berpelukan.

Mariana dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengendalikan barang kes dengan sempurna sehingga menimbulkan kecacatan pada kes pendakwaan.

Katanya, wujud empat perbezaan mengenai jumlah berat kasar dadah yang dirampas setelah 11 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan.

"Ini merupakan satu perkara yang serius kerana berat (dadah) menjadi asas kepada seksyen pertuduhan," katanya.

Borhanuddin dituduh memiliki 894.03 gram kanabis di Checkers Pub & Grill, Jalan Beserah di sini pada kira-kira 9 malam, 2 Okt 2007.

Mariana berkata mahkamah juga mengambil kira keterangan pegawai polis yang membuat tangkapan, Cif Insp Chua Beng Keong yang bersifat andaian dan tidak tepat mengenai cara beliau menguruskan dadah tersebut (sama ada beliau menimbang atau tidak dadah) sebelum membuat serbuan di rumah tertuduh di Kemaman. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud sementara Borhanuddin diwakili peguam Bob Arumugam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan