Perompak Southern Bank dipenjara 13 tahun serta 6 sebatan

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota geng yang gagal merompak sebuah bank di Petaling Jaya pada 2001 hari ini dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini apabila mengaku bersalah atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sepucuk revolver.

A. Rasid Ismail, 37, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki revolver jenis Smith & Wesson di sebuah rumah di Taman Tenaga, Puchong, Selangor, pada 23 Mei 2001.

Rakan tertuduh, Zainan Harith, 47, juga dikenakan hukuman sama oleh Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan iaitu mengetahui senjata api itu berada dalam simpanan Rasid.

Kedua-dua tertuduh diperintah menjalani hukuman mulai tarikh tangkapan iaitu Rasid pada 23 Mei 2001 manakala Zainan pada 18 Mei 2001.

Mereka didakwa merompak Southern Bank, Jalan Gasing, Petaling Jaya, pada kira-kira pukul 3.15 petang, 18 Mei 2001.

Kedua-dua tertuduh menukar pengakuan pada 19 Jun lalu selepas mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 15 Jun 2001 atas tuduhan melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian ketika merompak bank tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 3 dan 3(A)akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Insiden rompakan itu mendapat liputan luas media apabila dua perompak yang dipercayai anggota kumpulan Militan Malaysia (KMM) ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan bank berkenaan manakala beberapa rakan mereka melarikan diri dengan tangan kosong.

Mengikut fakta kes, Rasid melarikan diri walaupun cedera ditembak di bahagian kaki dan polis berjaya menahanya di Kampung Awah, Temerloh, Pahang, pada 23 Mei 2001.

Hasil siasatan susulan, Rasid membawa polis ke sebuah rumah di Taman Tenaga dan menemui sepucuk senjata api milik tertuduh.

Bagaimanapun, Zainan yang cedera di bahagian belakang akibat ditembak oleh pengawal keselamatan tersebut ditahan polis di tempat kejadian dan mendapat rawatan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Peguam Rasid, Abdul Malek Mohamad Nor, dalam rayuannya, berkata pengalaman lapan tahun di bawah tahanan reman sudah menjadi hukuman kepada anak guamnya, di mana isterinya telah menceraikannya dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

Dalam pada itu, peguam Zainan, Zainal Ithnin berkata ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kini dia telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Nasiah Mokhtar berkata mahkamah perlu memandang serius kesalahan tersebut kerana kejadian itu telah mengancam keselamatan pekerja dan pelanggan bank. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan