Warga Bangladesh cuba rasuah dihadap ke mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang rakyat Bangladesh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba merasuah seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Jalan Ulu Pauh dekat sini bulan lepas.

Pekerja binaan, Zahangir Mollah, 34, yang berasal Gopalgonj, Bangladesh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Mengikut fakta kes, Zahangir didakwa melakukan perbuatan itu kirakira pukul 9 pagi pada 10 Mei lalu di Jalan Ulu Pauh dengan menawarkan suapan sebanyak RM300 kepada Lans Koperal Ibrahim Idris bagi mendorong anggota UPP itu tidak mengambil tindakan terhadap tiga rakannya.

Dua rakannya, Janaghir Alam dan Mohad Nayan Mia memiliki dokumen perjalanan yang meragukan manakala seorang lagi rakannya Azizul Huq tidak mempunyai dokumen perjalanan sah semasa ditahan oleh anggota UPP kawasan Chuping itu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ishak Taib memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh melalui seorang jurubahasa merayu ikat jamin itu dikurangkan kepada antara RM600 dan RM1,000 kerana beliau miskin.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin dengan seorang penjamin rakyat Malaysia sebanyak RM8,000 sementara menunggu sebutan semula kes itu pada 23 Julai ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan