Pertikaian tanah: Mahkamah tolak permohonan Kg Buah Pala

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usaha 300 penduduk Kampung Lorong Buah Pala di Bukit Gelugor untuk terus mempertahankan kampung mereka menemui penghujungnya apabila terpaksa mengosongkan kediaman selepas usaha untuk mendapat kebenaran mengemukakan rayuan terhadap perintah Mahkamah Rayuan hari ini ditolak Mahkamah Persekutuan di sini.

Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff sebulat suara menolak permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada pemaju.

Sejak beberapa tahun lepas, penduduk berkenaan berada dalam kemelut mempertahankan perkampungan penternakan lembu, yang dikenali sebagai High Chaparral Pulau Pinang, daripada dimusnahkan untuk memberi laluan pembangunan.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, yang memerintahkan penduduk yang terdiri daripada 45 keluarga mengosongkan kediaman mereka, dikatakan satusatunya perkampungan kaum India yang masih wujud di kawasan bandar, dalam tempoh sebulan tanpa pampasan.

Perkampungan itu terletak di kawasan tanah utama berkeluasan 2.6 hektar di tengahtengah bahagian timur Georgetown yang pesat membangun dan penduduknya menduduki tanah itu turun-temurun.

Augustine Paul menolak permohonan bagi mendapat kebenaran itu selepas mendapati penduduk berkenaan tidak menangani isuisu locus standi (kedudukan daripada segi undangundang) dengan sewajarnya.

M. Ayamah, bagi pihak 45 keluarga berkenaan, mengemukakan kes saman sivil terhadap Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd dan "Pentadbir Tanah Daerah Timur Laut", Pulau Pinang.

Pada 11 Mei lepas, Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi, yang memihak kepada para penduduk dan mengeluarkan perintah kepada penduduk berkenaan mengosongkan kediaman berkuatkuasa 11 Jun. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan