Pengharaman buku SIS lwn Peguam Negara: Bantahan didengar 22 Julai

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 22 Julai bagi mendengar bantahan Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk membuat semakan penghakiman ke atas pengharaman sebuah buku.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamar apabila kes itu dipanggil hari ini.

Pada 15 Dis tahun lepas, SIS memfailkan permohonan bagi membuat semakan penghakiman dan menamakan Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri pada masa itu, sebagai responden.

SIS memohon perintah pengharaman yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri ke atas buku yang bertajuk 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism', yang diterbitkan pada 2005 diubah.

Buku itu merupakan susunan eseiesei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendikiawan antarabangsa dan disunting oleh ahli sosiologi Prof Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pemohon menegaskan bahawa pengharaman buku itu oleh Syed Hamid pada 5 Nov tahun lepas adalah di luar kuasa Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

SIS diwakili peguambela K.Shanmuga manakala Peguam Kanan Persekutuan Noorhisham Ismail mewakili responden. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan