Lelaki Aceh edar kanabis dihukum gantung

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang buruh dari Indonesia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 431 gram enam tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md.Yasin menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Syarifudin, 26, yang berasal dari Ache.

"Mahkamah berpendapat pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian dan bukan sahaja sukar dipercayai tetapi juga gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Justeru, hanya satu sahaja hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan ini iaitu gantung sampai mati," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin manakala tertuduh diwakili peguam S.S.Ruben.

Syarifudin didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan pembinaan rumah Desa Pinggiran Putra, Kampung Limau Manis, Dengkil, Sepang, pada 2 petang 9 Julai 2003. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan